Softskills- Bahagian 1: Teknik Penulisan Asas Resume
15 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniTenaga pengajar PEDi telah mengadakan kelas asas dalam menyediakan resume kepada 2 orang peserta Wanita. Menyedari persaingan dalam memburu pekerjaan yang semakin sengit dan mencabar pihak PEDi mengambil satu inisiatif membuat kelas softskills Teknik membuat resume yang baik.
Ojektif kelas ini diadakan bertujuan memberi peserta tentang pentingnya membina personaliti eksekutif dan mempersiapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu untuk memasuki pasaran kerja. Selain melengkapkan diri pelatih dengan kemahiran, teknik dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga supaya bakal graduan lebih berkeyakinan dan kompetitif dalam menghadapi persaingan dalam mendapatkan kerja selepas tamat pengajian.
Kelas ini juga dilaksanakan, bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada 12.00 tengah hari untuk bahagian 1.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: